Sunday, April 18, 2010

Persembahan Nasyid & Marhaban De Perling

Persembahan ini adalah diatas jemputan persembahan sempena sambutan Maulidur Rasul di surau Al-Kauthar Taman Perling pd 17 April 2010

Bergambar dengan penceramah jemputan (Ustaz Reduan Tee Abdullah)

Sunday, April 11, 2010

Pertandingan Seni Khat Kategori Guru SMK Seri Perling 2010

Pertandingan ini diadakan adalah sempena majlis sambutan bulan kebudayaan dan kesenian Melayu bertempat di Dewan Ibnu Sina SMK Seri Perling pada 10 April 2010
Guru-guru yang menyertai berusaha dengan tekun
Ape gaknye corak nak buat ek....hehe
Cikgu Cikgu seni & perabot turut mencuba nasib
En.Hong juga tidak ketinggalan dalam menyertai pertandingan yang tidak berbilang kaum ini
Masing-masing cube untuk mencipta kreativiti

Tuesday, April 6, 2010

PERTANDINGAN MTQ PERINGKAT ZON SKUDAI

Pada 6 April 2010, SMKSP pelah menyertai pertandingan MTQ di SMK Mutiara Rini. Antara acara yang disertai ialah pertandingan Nasyid, Syarahan, Tilawah dan Hafazan.

Terima kasih danTahniah kepada pelajar-pelajar yang mewakili sekolah.

Ucapan syabas  di atas kejayaan:
1) peserta Syarahan : Fadhilah dari 3RK1 mendapat tempat kedua.
2) Peserta Hafazan  : Nur An Umillah mendapat tempat ke tiga.

Bagi yang tidak berjaya... cuba lagi... Mungkin ini belum rezeki kalian.

Apapun cikgu sangat kagum dan bangga dengan anda semua kerana bersemangat menjalankan latihan sejak awal tahun hingga ke hari pertandingan.

Tahniah diucapkan dari kami guru-guru pendidikan Islam SMKSP 2010.

By : Ummi Nurin

Saturday, April 3, 2010

PERTANDINGAN SENI KHAT SMK SERI PERLING 2010 KATEGORI PELAJAR

Pertandingan ini diadakan sempena sambutan Bulan Kebudayaan Melayu disamping dapat mencungkil bakat di kalangan pelajar dalam seni penulisan khat.Pertandingan ini telah diadakan pada 30 Mac 2010 Bertempat di kantin SMK Seri Perling.

Pn.Noraini (GPK KOKO) bersama Pn.Khairina (GK Bahasa) juga tidak ketinggalan untuk menyaksikan sendiri sesi pertandingan dilangsungkan..