Thursday, October 14, 2010

MAJLIS MERAIKAN JEMAAH HAJI 2010

Majlis Meraikan Bakal Haji ini telah diadakan pada 12 Oktober 2010 bertempat di Surau SMK Seri Perling, anjuran bersama PPD Johor Bahru & SMK Seri Perling
Bakal jemaah haji membuat pendaftaran pesrta
Peserta menjamu selera bersama
Majlis juga dimuatkan dengan tazkirah haji yang disampaikan oleh al-Fadil Ustaz Arif
Majlis mengadakan bacaan yasin dan doa khusus untuk bakal haji
Bakal haji juga menerima cenderamata daripada pihak PPD
Pengetua SMK Seri Perling, Pn Hjh. Maimon Binti Idris juga menerima anugerah untuk Johan Pertandingan Surau Al-Hakim Peringkat Daerah Johor Bahru
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar oleh bakal jemaah haji untuk dimuatkan di dalam akhbar Sinar Harian

Friday, September 3, 2010

IHYA' RAMADHAN

Majlis berbuka puasa dan penutup ihya' ramadhan diadakan pada 2 September 2010

 Solat Tarawikh Berjemaah di surau SMK Seri Perling
Pelajar-pelajar turut sama bergotong-royong memasak untuk jamuan moreh

Monday, August 30, 2010

PROGRAM TADARUS AL-QURAN 2010

Program Tadarus Al-Quran yang diadakan sepanjang bulan ramadhan

 Para pelajar sesi pagi dan petang turut menjayakan program tadarus al-Quran

Pelajar perempuan bertadarus bersama guru penasihat kumpulan masing-masing




Monday, May 10, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SMKSP 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada 8 Mei 2010





Friday, May 7, 2010

PROGRAM PENGUKUHAN SOLAT 2010

Program pengukuhan solat diadakan bertujuan memantapkan lagi solat dalam kalangan pelajar.

Sunday, April 18, 2010

Persembahan Nasyid & Marhaban De Perling

Persembahan ini adalah diatas jemputan persembahan sempena sambutan Maulidur Rasul di surau Al-Kauthar Taman Perling pd 17 April 2010

Bergambar dengan penceramah jemputan (Ustaz Reduan Tee Abdullah)

Sunday, April 11, 2010

Pertandingan Seni Khat Kategori Guru SMK Seri Perling 2010

Pertandingan ini diadakan adalah sempena majlis sambutan bulan kebudayaan dan kesenian Melayu bertempat di Dewan Ibnu Sina SMK Seri Perling pada 10 April 2010
Guru-guru yang menyertai berusaha dengan tekun
Ape gaknye corak nak buat ek....hehe
Cikgu Cikgu seni & perabot turut mencuba nasib
En.Hong juga tidak ketinggalan dalam menyertai pertandingan yang tidak berbilang kaum ini
Masing-masing cube untuk mencipta kreativiti

Tuesday, April 6, 2010

PERTANDINGAN MTQ PERINGKAT ZON SKUDAI

Pada 6 April 2010, SMKSP pelah menyertai pertandingan MTQ di SMK Mutiara Rini. Antara acara yang disertai ialah pertandingan Nasyid, Syarahan, Tilawah dan Hafazan.

Terima kasih danTahniah kepada pelajar-pelajar yang mewakili sekolah.

Ucapan syabas  di atas kejayaan:
1) peserta Syarahan : Fadhilah dari 3RK1 mendapat tempat kedua.
2) Peserta Hafazan  : Nur An Umillah mendapat tempat ke tiga.

Bagi yang tidak berjaya... cuba lagi... Mungkin ini belum rezeki kalian.

Apapun cikgu sangat kagum dan bangga dengan anda semua kerana bersemangat menjalankan latihan sejak awal tahun hingga ke hari pertandingan.

Tahniah diucapkan dari kami guru-guru pendidikan Islam SMKSP 2010.

By : Ummi Nurin

Saturday, April 3, 2010

PERTANDINGAN SENI KHAT SMK SERI PERLING 2010 KATEGORI PELAJAR

Pertandingan ini diadakan sempena sambutan Bulan Kebudayaan Melayu disamping dapat mencungkil bakat di kalangan pelajar dalam seni penulisan khat.Pertandingan ini telah diadakan pada 30 Mac 2010 Bertempat di kantin SMK Seri Perling.

Pn.Noraini (GPK KOKO) bersama Pn.Khairina (GK Bahasa) juga tidak ketinggalan untuk menyaksikan sendiri sesi pertandingan dilangsungkan..

Tuesday, March 9, 2010

UCAPAN TAHNIAH... BUAT

1) Pn. Zainab Mamat
     ( ketua panitia pendidikan Islam)
       kerana dianugerahi seorang puteri.. cahaya mata yang
      dinanti-nantikan selama 14 tahun.
      Putera dah ada 3.

2) Ustaz Abdul Ghaffar Abdul Kadir
      Dianugerahi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)
      semoga ustaz lebih gigih berusaha untuk
     kecemelangan panitia agama Islam...

  ( bila nak belanja kami makan sea food lagi... :-)

By: Ummi Nurin